fbpx
Salah seorang pereka fesyen diiringi model mendapat tepukan gemuruh pada sesi pertunjukan fesyen EID Mubarak Prêt-à-Porter di Ayer Keroh baru-baru ini.

Pertunjukan fesyen Prêt-à-Porter tampil 10 pereka tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Syarikat hartanah Sheng Tai International (Sheng Tai) terus menyemarakkan hub kreatif di negeri ini dengan membawa pertunjukan fesyen EID Mubarak Prêt-à-Porter di Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

Pengasas dan Pengerusinya, Datuk Leong Sir Ley berkata, pertunjukan fesyen itu mempamerkan hasil kreativiti 10 pereka fesyen antarabangsa yang merupakan anak kelahiran Malaysia.

Pereka yang terlibat dalam majlis tersebut ialah Yan Creations, Kalai, Baqo, Faramas, Amin Jauhary, CARRO, Jayk, Sri Candy, Suliani dan Bill Keith.

“Pertunjukan fesyen mempamerkan koleksi raya sedia dipakai yang unik bagi lelaki dan wanita hasil rekaan 10 pereka antarabangsa.

“Ia juga diadakan untuk ­menyediakan platform kepada industri fesyen tempatan termasuk pereka fesyen, model dan jurusolek mempamerkan bakat mereka dan berinterasi dengan tetamu yang hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pertunjukan fesyen EID Mubarak Prêt-à-Porter baru-baru ini.

Sir Ley menjelaskan, program tersebut merupakan salah satu inisiatif yang terbina selepas pihaknya terlibat secara langsung bersama program fesyen antarabangsa, FashionTV Paris baru-baru ini.

“Sejak kami mengadakan usaha sama dengan FashionTV dari Paris, Sheng Tai telah giat membantu menggiatkan lagi perkembangan industri fesyen tanah air menerusi pelbagai inisiatif dan penganjuran acara fesyen.

“Selain itu, galeri kami iaitu The Straits Designer Gallery (SDG) yang telah dibuka juga turut mempunyai lebih 60 koleksi kasut, bag dan aksesori terbaharu oleh pereka tempatan,” katanya.

Tambahnya, dengan pem­bukaan semula pintu sempadan, syarikatnya juga akan menggiatkan lagi inisiatif ­kreatif, sete­rusnya berpeluang membawa industri ke pentas antarabangsa termasuk ke Milan, Itali. -KOSMO! ONLINE

POPULAR