fbpx

Lapor pada JKM dulu, bukan tularkan nasib orang susah – Pengarah JKM Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang kanak-kanak menjual kerepek di Melaka.

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri tidak menerima sebarang laporan berhubung klip video tular kanak-kanak lelaki yang menjaja kerepek di kaki lima di restoran di Limbongan di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik berkata, sebaliknya kejadian menimpa kanak-kanak dikenali Acap itu disedari selepas ia tular di media sosial TikTok menerusi pengguna akaun @danielalii.

Jelasnya, pihaknya telah menggerakkan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak daerah Melaka Tengah untuk menyiasat dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut sekiranya berlaku kes kecuaian di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

“Pihak JKM tidak menerima laporan berhubung kejadian itu dari mana-mana pihak, sebaliknya kes itu ditularkan di media sosial tanpa niat yang tidak diketahui.

“Saya bagaimanapun telah minta pasukan di daerah untuk menyiasat dan meminta laporan berhubung situasi kanak-kanak tersebut, sama ada ia berkaitan kes eksploitasi atau keluarganya memang tidak berkemampuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, dia turut membidas tindakan individu yang lebih cenderung untuk membuat ‘content’ di media sosial mengenai kesusahan seseorang sebelum mendapatkan pengesahan atau maklumat lanjut daripada agensi berkaitan.

“Benda macam ini tidak patut ditularkan dulu, sepatutnya dirujuk pada agensi berkaitan bagi tujuan pengesahan kerana sekiranya tidak sahih, ia akan memberi kesan kepada masyarakat.

“Tindakan seperti ini juga akan membuka ruang untuk kegiatan scammer, apatah lagi pada Ramadan ini ramai mencari pahala bersedekah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes Acap, beliau memberitahu pihaknya akan mengesan waris terlebih dahulu dan pilihan terakhir adalah menempatkan kanak-kanak itu di institusi kebajikan sekiranya ibu bapa tidak berupaya memberikan perlindungan sempurna.

Jelasnya, antara bentuk sokongan lain disediakan JKM termasuklah sesi kaunseling dan bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI