fbpx

Hafiz Mahamad taja 12 bas balik beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafiz menaja sebanyak 12 buah bas untuk rakyat pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

PETALING JAYA- Usahawan kosmetik dan pesohor media sosial (influencer), Hafiz Mahamad mencipta kejutan sempena Aidilfitri ini apabila sanggup menaja sebanyak 12 buah bas persiaran bagi kegunaan orang ramai untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, usahawan itu berkata, dia terpaksa menyediakan sebanyak 12 buah bas selepas sambutan diberikan orang ramai begitu menggalakkan.

“Sebelum ini saya cakap antara tiga hingga lima buah bas sahaja, tetapi selepas tanya pasukan saya, kami perlu menyediakan sehingga 12 buah bas disebabkan permintaan ramai.

“Kali ini saya terpaksa tutup (permintaan), niat saya memang mahu bagi paling maksimum, tetapi itu sahaja yang saya mampu, insya-Allah jumpa di perhentian bas Jumaat ini,” katanya.

Terdahulu, Hafiz membuat hantaran di Facebook bahawa beliau mahu menaja antara tiga hingga lima buah bas untuk orang ramai pulang beraya berikutan memahami ramai rakyat mengalami masalah kewangan.

Katanya, setiap orang boleh mendapatkan sebanyak lima tiket bas untuk pulang ke destinasi masing-masing melibatkan perjalanan ke utara dan pantai timur.

Bas terbabit akan bergerak esok pada pukul 9 malam di mana mereka yang terlibat perlu berkumpul di Depoh Kiffah Travel Sdn. Bhd. yang terletak di Kepong.

Dalam pada itu, orang ramai terus menzahirkan ucapan terima kasih kepada tajaan tersebut selain mendoakan usahawan itu akan terus dimurahkan rezeki.

“Terbaik semoga urusan dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,” kata Rosmah Sahit.

“Alhamdulillah, semoga perniagaan Hafiz bertambah maju dan Allah murahkan rezeki yang melimpah ruah,” jelas Umi Kalsom.

“Terima kasih tuan taja bas untuk rakyat pulang beraya, moga terus dimurahkan rezeki,” kata Mama Rina. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI