fbpx

Aliran trafik di semua lebuh raya masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Aliran trafik di semua lebuh raya bertol dilaporkan masih lancar dan terkawal pagi ini.

Menurut Twitter rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 di kedua-dua arah termasuk di sekitar Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Kuala Terengganu juga lancar.

Sementara itu, menurut laman rasmi Plus Trafik, tiada sebarang kemalangan berlaku dan aliran trafik berada dalam keadaan terkawal.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan agar memulakan perjalanan lebih awal sebelum pukul 10 pagi bagi tempoh 29 April hingga 2 Mei 2022 susulan jangkaan pertambahan kenderaan pada cuti perayaan Aidilfitri pada hujung minggu ini.

Orang ramai diingatkan supaya memandu berhati-hati dengan berhemah di musim perayaan ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI