fbpx

Agong ucap selamat menyambut Hari Tentera Laut Ke-88

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucaoan sambutan Hari TLDM ke-88 yang dikeluarkan Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut (TLDM) Ke-88.

Ucapan itu dizahirkan kepada seluruh warga TLDM, Veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TLDM.

Istana Negara dalam hantaran di Facebook berkata, baginda menghargai dan sanjungi jasa, khidmat dan bakti TLDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

“Semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan laut yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

“Syabas dan tahniah,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI