fbpx

1,000 pelajar Thailand gagal peperiksaan akibat salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMPIR 1,000 pelajar Thailand telah gagal peperiksaan kemasukan ke universiti kerana tidak menulis nama dan nombor siri pada kertas ujian. - Unsplash

BANGKOK – Kira-kira 1,000 pelajar di Thailand gagal dalam ujian kemasukan ke universiti akibat salah faham, selepas penyelia peperiksaan memberitahu bahawa mereka tidak perlu menulis nama dan nombor siri pada kertas ujian, lapor laman berita Thaiger semalam.

Disebabkan keadaan itu, Majlis Presiden Universiti Thailand (CUPT) enggan menanda kertas peperiksaan pelajar yang terlibat kerana tidak mematuhi garis panduan rasmi yang ditetapkan.

Markah ujian kemasukan ke universiti untuk Ujian Aptitud Am (GAT) dan Ujian Aptitud Profesional (PAT) telah diumumkan minggu lepas selepas dijalankan pada bulan lalu.

Peperiksaan itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dalam bahasa Thailand dan Inggeris dengan kedua-dua ujian ditetapkan 150 markah maksimum. 

Bagaimanapun, pelajar yang terlibat terkejut kerana ujian dalam bahasa Thailand bagi peperiksaan GAT diberi markah sifar. 

Seorang wakil pelajar berkata, dia cuba memasuki universiti idamannya selama empat tahun dan kini terpaksa menunggu setahun lagi untuk mengulangi peperiksaan. 

Pelajar perempuan itu meminta agensi terlibat untuk menyemak semula kertas peperiksaan dan menyokong mereka supaya mendapat markah yang diperlukan untuk belajar di universiti pilihan masing-masing.

Ekoran keadaan itu, CUPT mengadakan perbincangan dengan penyelia-penyelia peperiksaan selepas menerima bantahan daripada hampir 1,000 pelajar, demikian menurut pengurus Sistem Kemasukan Pusat Universiti Thai.

Menurut laporan, penyelia yang bertanggungjawab telah salah faham mengenai soalan pelajar yang bertanya sama ada mereka perlu menulis nama sebelum menamatkan sesi ujian atau sebaliknya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI