fbpx

Twice ‘kuasai’ Tokyo Dome

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN TWICE

TAHUN ini, dunia hiburan K-pop menyaksikan kumpulan popular Twice mencatat banyak rekod tersendiri dan terbaharu menerusi penganjuran konsert sulung di Jepun.

Bermula Sabtu lalu, Twice memulakan persembahan mereka menerusi konsert di lokasi popular di Jepun, Tokyo Dome yang memuatkan seramai 55,000 penonton pada satu-satu masa.

Mengikut perancangan asal, Twice hanya mengadakan konsert selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad, tetapi atas permintaan hangat daripada peminat, persembahan mereka ditambah lagi sehari pada Isnin (semalam).

Bukan hanya mencatat rekod apabila jualan tiket konsert untuk ketiga-tiga hari persembahan laris terjual dalam sekelip mata, Twice bahkan mencatat sejarah peribadi dalam karier mereka.

Kumpulan popular naungan agensi gergas JYP Entertainment itu bukan hanya menjadi artis luar negara pertama yang mengadakan konsert tiga hari di Tokyo Dome bahkan bergelar artis wanita kedua (selepas kumpulan wanita popular Jepun, AKB48) yang meraih pencapaian tersebut.

Selepas Jepun, Twice akan menguasai Amerika Syarikat pula selepas ini apabila menjadi artis wanita K-pop pertama yang akan mengadakan konsert di sebuah stadium di negara berkenaan pada bulan depan.

Twice akan mengadakan konsert di Banc of California Stadium di Los Angeles pada 14 Mei, namun atas permintaan hangat, konsert berkenaan akan berlanjutan sehingga 15 Mei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI