fbpx
KEADAAN lori treler yang remuk dalam kejadian kemalangan maut melibatkan dua lelaki di Kilometer 55 Jalan Lama Lipis Merapoh di Lipis hari ini

Pemandu, kelindan maut treler terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Dua sahabat yang merupakan pemandu dan kelindan treler maut selepas kenderaan berat yang dinaiki mereka terbabas Kilometer 55, Jalan Lama Lipis–Merapoh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 7.05 pagi itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Merapoh.

“Setibanya di tempat kejadian, semasa melalui jalan berselekoh dan menuruni bukit, treler itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Pemandu treler tersepit di tempat duduk manakala kelindan tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Lipis di sini untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan satu lorong menuruni bukit. Permukaan jalan kering dan cuaca baik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN