fbpx

Klopp akui kagumi sentuhan Origi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
origi (tengah) meledak gol kedua Liverpool ketika mereka mencatat kemenangan 2-0 mengatasi Everton di Anfield kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Divock Origi sentiasa menjadi igauan ngeri buat Everton apabila bintang antarabangsa Belgium itu terus mempamerkan magis membantu kemenangan 2-0 Liverpool di Anfield kelmarin.

Walaupun jarang memainkan peranan dalam skuad utama The Reds, Origi membuktikan dirinya sentiasa memiliki keinginan untuk mengekalkan namanya sebagai antara watak utama pasukan.

Tidak hairanlah pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp melabelnya sebagai penyerang terbaik selepas pemain itu sentiasa tampil dengan sumbangan berbeza setiap kali diberi peluang sekaligus mengekalkan The Reds di landasan tepat dalam pemburuan kejuaraan liga musim ini.

“Dalam atau luar padang, dia adalah seorang legenda. Dia juga seorang pemain bola sepak yang hebat, berkelas dunia dan penyerang terbaik kami. Semua orang pasti akan memperkatakan perkara sama.

“Kamu juga boleh lihat perkara ini ketika latihan dan sudah pasti sesuatu yang berat untuk kami membiarkan dia melangkah keluar daripada pasukan. Semua orang sukakan Divock,” kata Klopp.

Ini bukanlah kali pertama Origi menyerlahkan kualiti yang ada pada dirinya, malah ketika derbi Merseyside 2018, pemain ini juga turut dijulang sebagai wira Li­verpool apabila menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Everton pada minit ke-95.

Di pentas lebih tinggi juga, Origi sentiasa hadir dengan sumbangan besar apabila meledak dua gol ketika menewaskan Barcelona 4-0 sekaligus mengesahkan kemaraan Liverpool ke final Liga Juara-Juara 2019.

Jaringan Origi kali ini adalah keenam buat dirinya ketika menentang Everton dan secara ke­seluruhan dia sudah pun mengumpul 11 gol ketika dimasukkan sebagai pemain gantian sekali gus menjadi pemain Liverpool yang paling banyak meledak gol dengan status tersebut.

“Biarpun sering dimasukkan sebagai pemain gantian, ia nyata tidak mengganggu fokusnya untuk mendapatkan jaringan dan kami gembira dengan impak yang diberikan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI