fbpx

TH saran bakal haji jawab surat tawaran segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyarankan seramai 14,306 bakal jemaah haji yang telah menerima surat tawaran agar menjawab dengan segera akibat kesuntukan masa.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bakal jemaah haji boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

“Disebabkan kesuntukan masa, TH mohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak terima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Syed Saleh turut memaklumkan bahawa semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperolehi visa haji yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Bakal jemaah haji terpilih perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Selain itu, bakal haji juga perlu melengkapkan dos penggalak vaksin Covid-19 serta suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine (ACYW-135) yang boleh dilakukan di hospital kerajaan atau klinik diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM),” ujarnya.

Mengulas lanjut, jemaah haji juga digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu Influenza dan Pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya ketahanan badan semasa di Mekah yang disyorkan KKM.

Jelasnya, selesai pemeriksaan kesihatan, bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH berhampiran.

Untuk maklumat lebih lanjut berhubung perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI