fbpx

Ravi tinggalkan program 2 Days 1 Night

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAVI

SELEPAS hampir tiga tahun menyertai program 2 Days 1 Night terbitan stesen KBS, penyanyi popular Ravi meluahkan rasa sedih kerana terpaksa mengundur diri.

Keputusan tersebut terpaksa diambil Ravi kerana didakwa akan mula menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Dia memberitahu tentang perkara tersebut kepada peminat ketika bersiaran langsung dalam V Live baru-baru ini.

“Saya baru saja habis penggambaran episod terakhir 2 Days 1 Night. Meskipun masih belum rasmi, tapi sudah masanya untuk saya pergi (daftar kem tentera),” katanya.

Biarpun menjadi episod terakhir penglibatannya, namun penyanyi itu sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama ahli lain yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

Malah, sebagai janjinya kepada peminat, dia berkongsi perkembangan terkini apabila akan muncul dengan album baharu selain dalam perancangan mengadakan konsert.

“Saya berusaha melakukan yang terbaik sekarang. Saya sedang siapkan album, tapi paling penting, saya dalam persiapan mengadakan konsert REVOIR, semoga dapat berjumpa nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI