fbpx

Hujan lebat di beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang berlaku di beberapa negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat adalah keseluruhan negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Sabah serta Sarawak.

“Hujan lebat juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Jempol dan Tampin manakala cuaca buruk bakal melanda keseluruhan Johor, Melaka dan Labuan.

“Selain itu, cuaca yang sama di negeri Perak sekitar Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kawasan Pantai Timur yang terlibat adalah Pahang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.

“Dalam pada itu, di Sabah pula cuaca buruk bakal melanda di Pedalaman termasuk Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau serta Sandakan (Tongod).

“Di Sarawak pula, kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Miri (Marudi) serta Limbang,” ujarnya lagi.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI