fbpx

Arteta gembira Xhaka kembali dihargai penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA (kiri) ketika meledak gol ketika Arsenal berjaya menewaskan United pada aksi di Emirates baru-baru ini– AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui gembira melihat hubungan pemainnya, Granit Xhaka dan para peminat pasukan itu semakin pulih selepas berjaya menjadi watak penting ketika mereka berjaya menewaskan Manchester United kelmarin.

Xhaka meledak gol ketiga Arsenal pada perlawanan yang berlangsung di Emirates apabila melepaskan rembatan jarak jauh pada minit ke-70 sekali gus ‘membunuh’ sisa perjuangan United.

Hubungan Xhaka bersama para peminat The Gunners sebelum ini sentiasa keruh dan dia pernah mengakui hampir meninggalkan kelab London itu pada 2019 ekoran gagal untuk menambat hati para penyokong pasukan.

“Tepukan dan sorakan itu sudah lama didambakan kerana dia layak untuk menerimanya. Jika ada peminat yang meluangkan masa dua minit bersama Xhaka, anda akan tahu dan memahami dirinya dengan baik.

“Dia adalah seorang yang sa­ngat profesional. Anda tidak akan bayangkan betapa dia seorang yang sangat mengambil berat tentang kelab ini. Terima kasih kepada penyokong yang menunjukkan penghargaan kepadanya kerana ia pasti sangat bermakna buat Xhaka,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, Arteta mengakui sokongan kuat para peminat yang hadir menjadi faktor utama para pemain berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan itu.

“Kami memulakan aksi de­ngan pantas dan mendominasi mereka untuk tempoh yang agak lama pada separuh masa pertama sehingga berjaya meledak dua gol tersebut. Cuma, kami sedikit goyah apabila mereka mendapat gol pertama itu.

“Bagaimanapun, kemenangan ini sangat hebat buat Arsenal dan saya berharap kami mampu mengekalkan prestasi ini pada baki perlawanan nanti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI