fbpx

11 PATI Myanmar ditahan semasa menuju ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menemui 11 pendatang haram tersebut di sebuah kawasan hutan di sempadan Thailand-Malaysia di daerah Sadao. - Assawin Pakkawan

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar di daerah Sadao dekat sempadan Thailand-Malaysia, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Komander pasukan tentera, Kolonel Thanitphon Hongwilai berkata, sebuah pasukan terdiri daripada askar, polis kawalan sempadan dan anggota imigresen menemui sembilan lelaki dan dua wanita sedang bersembunyi di sebuah kawasan hutan di Kampung Dan Nok , petang Jumaat lalu. 

Kesemua mereka merupakan PATI dari Myanmar. Kumpulan pendatang haram itu kelihatan lesu ketika ditemui pihak berkuasa.

Sejurus ditahan, kumpulan itu dibawa menjalani ujian saringan Covid-19 dan kesemua mereka negatif.

Semasa soal siasat, kumpulan tersebut berkata, mereka memulakan perjalanan dari bandar Mawlamyine di Myanmar dan ingin memasuki Malaysia bagi tujuan mencari pekerjaan.

Mereka juga diarahkan untuk membayar 40,000 baht (RM5,089) setiap seorang dan  menyerahkan separuh bayaran tersebut kepada broker di Myanmar terlebih dahulu.

Baki bayaran perlu dijelaskan sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia.

Menurut kumpulan sama, mereka telah menyeberangi sempadan melalui lintasan sempadan semula jadi dengan berjalan kaki.

Sejurus melintasi sempadan, lelaki dan wanita itu diarah untuk menanti trak pikap yang akan membawa mereka ke Malaysia.

Kesemua yang diberkas telah diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan undang-undang selanjutnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI