fbpx

Habuan menanti atlet raih emas di Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad (kiri) beramah mesra bersama atlet pada Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Vietnam, di Majlis Sukan Negara sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KETUA kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad berjanji akan mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk memberi insentif kepada atlet negara sekiranya meraih pingat emas pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan depan.

Menurut Nur Azmi, sumbangan peribadi itu lebih kepada menjadi menjadi pembakar semangat kepada barisan atlet negara untuk berjuang habis-habisan membawa kejayaan buat Malaysia.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker meletakkan sasaran awal 31 pingat emas, 19 perak dan 29 gangsa buat kontinjen negara.

“Saya akan beri insentif kepada atlet yang meraih emas. Itu daripada hak saya kerana saya meminta mereka bekerja keras untuk membawa pulang emas, jadi saya perlu menyediakan sedikit peruntukan kepada atlet.

“Ini supaya kejayaan itu dapat dikongsi bersama kerana mereka semua (atlet) telah bekerja keras. Jadi, mereka akan dapat sesuatu daripada saya. 

“Berapa jumlah yang mereka dapat adalah rahsia tetapi atlet yang berjaya meraih emas akan dapat secara terus di Hanoi nanti,” katanya ketika hadir pada majlis perhimpunan akhir kontinjen Malaysia di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebentar tadi.

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad (tengah), menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada atlet pada Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-31 Vietnam, di Majlis Sukan Negara sebentar tadi. – SHIDDIEQIIN ZON

Atlet yang meraih pingat emas turut menerima insentif daripada kerajaan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). 

Sukan SEA Hanoi dijadualkan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Mei ini dengan kontinjen negara disertai seramai 864 orang keseluruhan merangkumi 364 atlet lelaki dan 225 wanita dengan baki 275 pegawai.

Sebagai rekod, kontinjen negara berjaya meraih keseluruhan 56 pingat emas, 57 perak dan 71 gangsa untuk menduduki tangga kelima daripada 11 negara bertanding pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI