fbpx

Pasukan khas PGA perkuat risikan sempadan Malaysia-Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PGA melakukan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di tebing Sungai Golok, Rantau Panjang semalam. - FOTO: YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) mewujudkan pasukan khas di setiap sektor penugasan bagi memperkasakan unit risikan dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan berkait penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, pasukan khas itu turut berperanan dalam membuat serbuan sekali gus menjadi penyumbang utama kepada peningkatan tangkapan dalam Ops Wawasan Kelantan yang dijalankan sejak 21 Mac lalu.

Menurutnya, selain itu, tugasan dalam operasi berkenaan turut ditambah baik menerusi penggunaan dron ke kawasan-kawasan yang sukar ditembusi oleh kenderaan terutama laluan-laluan tikus.

“Bagi memastikan sempadan negara tidak dibolosi, kita memperkemaskan sekatan jalan raya dengan membuat pemeriksaan teliti bagi memastikan tiada barangan salah yang dibawa pengguna jalan raya.

“PGA turut mempertingkatkan kekerapan rondaan dan pemantauan di kawasan panas yang menjadi tumpuan penyeludup,” katanya semasa melakukan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang semalam.

Dalam perkembangan lain, Azhari memberitahu, sepanjang penugasan Ops Wawasan Kelantan, pihaknya telah merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM440,781.

Katanya, rampasan itu dijalankan menerusi 16 serbuan dengan menahan 11 individu yang terlibat dengan kesalahan melibatkan penyeludupan mercun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI