fbpx

Cuaca buruk landa 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut dijangka akan melanda seluruh negeri Melaka serta beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

“Amara ribut petir ini dikeluarkan bagi daerah Hulu Perak, Perak serta daerah Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan.

“Cuaca sama juga diramalkan akan melanda negeri Pahang melibatkan daerah Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, turut dikenakan amaran ialah Negeri Sembilan, di mana hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan melanda daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sehingga 5 petang ini.

“Keadaan sama turut dijangka akan berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak pula, cuaca sama diramalkan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu dan Limbang (Lawas),” jelasnya.

MetMalaysia berkata, amaran turut diberikan di negeri Sabah pada petang ini melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI