fbpx

Warga Shanghai lebih perlukan makanan berbanding ubat tradisional cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penduduk membahagikan bawang putih dan daun bawang untuk diedarkan kepada penduduk di daerah Pudong, Shanghai pada 15 April 2022. - AFP

BEIJING – Seorang pakar saraf di China menggesa pemerintah menjelaskan sama ada ubat tradisional, Lianhua Qingwen berkesan dalam mencegah Covid-19 sebelum memberi keutamaan untuk mengedarkannya lebih daripada barang makanan dan  keperluan asas lain, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Sekurang-kurangnya lapan juta kotak kapsul Lianhua Qingwen telah dihantar ke Shanghai dalam usaha mengekang penularan varian Omicron. Pada masa yang sama, 25 juta penduduk kota raya itu kini bergelut untuk mendapatkan bekalan sayur segar, beras dan pelitup muka.

“Pemberian ubat-ubatan Covid-19 perlu berdasarkan ujian dan pemeriksaan yang ketat. Tiada produk palsu atau samar sepatutnya diberikan kepada orang awam.

“Jika keberkesanan ubat Lianhua Qingwen tidak pernah disahkan secara serius, penghantaran mandatori akan menjejaskan kepentingan penduduk yang lebih berdepan kekurangan bekalan makanan,” kata Presiden Universiti Perubatan Ibu Negara di Beijing, Rao Yi.

Menurut kenyataan kepada bursa pada 8 April lalu, syarikat  Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical menyumbang ubat  Lianhua Qingwen bernilai AS$9.5 juta (RM40.5 juta) atau bersamaan sekurang-kurangnya lapan juta kotak kepada Shanghai.

Tiga lagi pakar dari Universiti Jinan turut meluahkan rasa kecewa terhadap keutamaan untuk membekalkan ubat Lianhua Qingwen ke Shanghai.

“Ia tidak sepatutnya berlaku di mana ubat  tidak terbukti  berkesan untuk mencegah Covid-19 dihantar kepada individu sihat. Sepatutnya, kapasiti logistik dipenuhi dengan barangan keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk Shanghai,” kata mereka.

Pengedaran ubat tersebut kepada individu sihat menyebabkan doktor-doktor di  China memberi amaran agar penduduk tidak mengambil kapsul tersebut melainkan berasa tidak sihat kerana ia boleh mengakibatkan masalah perut atau buah pinggang gagal berfungsi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI