fbpx

Ulsan Hyundai terpaksa akui aksi JDT luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MYUNG BO menjelaskan pasukannya membenarkan JDT menjaringkan gol kemenangan berpunca daripada kesilapan mereka sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

PENGENDALI Ulsan Hyundai FC, Hong Myung Bo mengakui mereka hanya mampu menyalahkan diri di atas kekalahan mengejut kepada wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-1 pada aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

Myung Bo berkata, para pemainnya juga akur bahawa JDT lebih layak untuk memenangi perlawanan itu setelah mempamerkan aksi luar biasa sepanjang tempoh 90 minit itu bagi mengutip kemenangan kedua peringkat kumpulan.

Bekas jurulatih Korea Selatan itu berkata, perancangan yang diaturkan pada perlawanan itu terjejas setelah anak-anak buahnya membenarkan skuad Harimau Selatan mencipta jaringan dalam tempoh kurang lima minit permainan bermula.

“Bolos gol pertama terlalu awal menjejaskan strategi kami yang terpaksa meningkatkan rentak permainan untuk memburu gol penyamaan. Situasi itu meletakkan kami di sudut sukar dan tidak berjaya melakukan tugas penyudah dengan baik.

“Kemasukan Um Won Sang dan Seol Young Woo pada babak kedua memberi impak kepada pasukan apabila Won Sang menjaringkan gol penyamaan hasil umpanan Young Woo dan momentum perlawanan kembali berpihak kepada kita.

“Namun, kami sekali lagi membenarkan JDT menjaringkan gol kemenangan berpunca daripada kesilapan kami sendiri. Kami cuba untuk bangkit, sebaliknya hanya me­nemui jalan buntu,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Dua gol jaringan Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva berjaya memecahkan rekod tanpa kalah Ulsan Hyundai pada tahun ini, sekali gus meletakkan JDT di kedudukan pertama Kumpulan I selepas mengutip enam mata menerusi dua perlawanan.

anya mengenai perancangannya untuk menyekat dua penyerang import JDT yang masing-masing meledak satu gol, Myung Bo memberitahu, mereka sudah menjalankan tugas dengan baik bagi merantai pemain itu.

“Sebenarnya, pemain kita sudah melakukan tugas yang baik untuk mengekang mereka ber­dua, ini dapat dilihat apabila tidak ada serangan mencemaskan dihasilkan mereka sepanjang perlawanan.

“Faktor nama mereka terpahat dalam senarai penjaring hanyalah berpunca daripada kecuai­an pemain kami sendiri, bukan disebabkan gerakan yang dilakukan mereka berdua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI