fbpx

Tanpa hantaran tinggi, netizen puji perkahwinan ringkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar majlis perkahwinan serba ringkas yang diadakan hingga mendapat pujian ramai.

PETALING JAYA – Definisi ikatan sesebuah perkahwinan ialah penyatuan dua hati yang saling menyintai di mana ia disatukan mengikut adat dan hukum agama masing-masing.

Dalam konteks ini, setiap individu berhak untuk meraikan perkahwinan mereka mengikut kemampuan dan bajet masing-masing tanpa perlu mengikut trend hingga menghabiskan puluhan ribu ringgit semata-mata mahu terlihat mewah.

Berbeza dengan sepasang pengantin baharu yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, penganjuran majlis resepsi secara ringkas menjadi pilihan mereka hingga mendapat pujian daripada netizen.

Menerusi video TikTok milik Madir97, pasangan pengantin itu yang merupakan anak saudaranya dilihat tampil ringkas ketika majlis perkahwinan mereka apabila mengenakan sepasang baju kurung dan baju melayu tanpa perincian melampau.

Malah, pasangan mempelai itu juga hanya berjalan di atas tikar getah sahaja selain duduk bersila tanpa sebarang binaan pelamin seperti dilakukan oleh rata-rata pengantin baru.

Majlis perkahwinan serba ringkas itu bagaimanapun berjaya mencuri hati netizen selepas ramai memujinya dengan menyifatkan sebagai tidak membazir dan menjimatkan kos.

“Mudah dan ringkas, janji halal, semoga kekal hingga ke syurga,” doa Faiz.

“Majlis ringkas, lepas itu makan pula makanan kampung, rindunya zaman di kampung,” jelas Dolla.

“Ini sepatutnya, buat ringkas-ringkas, bajet lebih boleh beli barang untuk masuk rumah baru,” ujar Abi Mama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI