fbpx

Lebih sejuta keluarga di Britain tidak mampu beli makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 1.3 juta ibu bapa di Britain terpaksa menggunakan perkhidmatan bank makanan bagi berdepan dengan krisis peningkatan bil tenaga dan inflasi. – EPA

LONDON – Satu kajian mendapati lebih sejuta ibu bapa mengakui bahawa mereka berkemungkinan besar akan menggunakan perkhidmatan bank makanan di Britain dalam masa terdekat, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Bank makanan merujuk kepada premis yang menawarkan barangan asas khususnya makanan secara percuma kepada orang miskin di Britain.

Kajian oleh pertubuhan kebajikan makanan, Trussell Trust itu menggambarkan situasi serius yang dihadapi oleh golongan miskin di Britain akibat kenaikan kos sara hidup.

Berdasarkan kajian tersebut, bagi tempoh tiga bulan akan datang, satu daripada 10 ibu bapa iaitu sekitar 1.3 juta orang dijangka terpaksa menggunakan perkhidmatan bank makanan dalam tempoh tiga bulan akan datang berikutan krisis peningkatan bil tenaga dan inflasi.

Daripada responden yang melaporkan mengalami peningkatan dalam bil kediaman, 58 peratus daripada mereka tidak dapat memanaskan makanan disebabkan keadaan itu.

Satu pertiga pula mengaku terpaksa ikat perut dalam tempoh tiga bulan lalu bagi mengimbangi perbelanjaan untuk perkara penting yang lain.

Selain itu, satu dalam lima responden atau bersamaan 20 peratus terpaksa mencatu untuk memasak makanan kerana tidak mampu membayar bil tenaga jika menggunakan ketuhar.

“Setiap orang perlu diberi peluang untuk membeli makanan sendiri. Namun,  akibat pendapatan yang kecil, banyak keluarga berdepan  kesukaran untuk membuat keputusan sama ada menggunakan bahan api untuk  memanaskan badan atau memasak.

“Akhirnya, mereka terpaksa pergi ke bank makanan untuk mendapatkan bantuan makanan,” kata Ketua Eksekutif Trussell Trust, Emma Revie.

Tambah Revie, Trussell Trust dan rakan kerjasamanya, Deliveroo, akan menyediakan sehingga dua juta makanan kepada penduduk yang kelaparan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI