fbpx

Dua beradik edar syabu, pil kuda dicekup ketika tunggu pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaizul Rizal (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas selepas menjalankan serbuan di hadapan sebuah resort di Tok Bali, Pasir Puteh semalam. - Foto oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Dua beradik lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan pil kuda bernilai RM20,000 dicekup semasa mereka sedang menunggu pelanggan di hadapan sebuah resort di Tok Bali di sini semalam.

Kedua-dua suspek berusia 17 dan 27 tahun yang berasal dari Terengganu ditahan kira-kira pukul 9.50 malam semasa berada di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, semasa serbuan dijalankan, kedua-dua lelaki itu cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dengan pihak polis sebelum mereka berjaya diberkas.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan yang dinaiki mereka menemui 11 paket kecil mengandungi 589 gram dadah jenis syabu dan 25 biji pil kuda seberat 3.2 gram yang diletakkan di tempat duduk belakang.

“Siasatan mendapati, bungkusan itu akan diserahkan kepada pelanggan dan mereka menjadikan kawasan pusat peranginan berkenaan untuk mengedar dadah selepas menganggap ia sebagai lokasi selamat.

“Berdasarkan semakan, suspek yang berusia 27 tahun mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkait kes dadah manakala adiknya sudah tidak bersekolah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini hari ini.

Menurut Zaizul Rizal, polis masih menyiasat mengenai punca dapatan dadah-dadah itu dan strategi pengedaran yang dijalankan oleh dua beradik itu.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI