fbpx

Cuaca buruk hampir kesemua negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir kesemua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan dilaman Facebook berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

Jelasnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan beberapa kawasan di negeri utara Semenanjung.

Selain itu, bagi negeri Kelantan, cuaca buruk ini dilaporkan melanda Kuala Krai dan Gua Musang serta beberapa daerah di Pahang.

“Antaranya adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Bagi Negeri Sembilan pula, ia melibatkan Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan turut mengalami hujan lebat pada petang ini dan dijangka berterusan sehingga awal malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI