fbpx
ENOT

Ada yang ingat saya lesbian sebab kasar – Enot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon dan juga pelawak Enot hanya mampu ketawa selepas dituduh sesetengah pihak yang mendakwa dirinya merupakan seorang pengamal seks sesama jenis atau lesbian (wanita menyukai wanita).

Enot atau nama lengkapnya, Aliza Abdullah dituduh sedemikian hanya disebabkan perwatakannya yang kasar selain gemar memanggil kenalan wanita dengan panggilan ‘sayang’.

“Saya tidak nafikan memang ramai yang ingat bahawa saya seorang lesbian. Ramai yang tidak tahu saya dahulu belajar di Sekolah Menengah Convent Seremban di mana semua pelajarnya adalah perempuan.

“Jadi ada dalam kalangan rakan sekolah termasuk saya berperwatakan seperti lelaki, sedikit kasar. Selain itu saya juga aktif bersukan antaranya softball. Malah ada juga rakan-rakan memanggil saya dengan gelaran ‘Abang Ali’ ketika di sekolah,” ujarnya

Dalam pada itu, Enot, 40, yang ditemui ketika sidang media AdHoc Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) baru-baru ini memberitahu tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi selepas dua kali gagal dalam rumah tangga.

Ujar Enot, selepas hampir sedekad bergelar ibu tunhggal, dia seronok menjalani kehidupan bersama anak-anak dan cucunya.

“Masa usia belum masuk 40 tahun, adalah rasa nak kembali bersuami. Tapi lepas dah ada cucu, keinginan itu terus hilang. Saya tiada rasa nak berumah tangga sampailah ramai cop saya lesbian.

“Anak-anak pun seperti keberatan membenarkan saya kembali mencari pasangan hidup. Mereka selalu minta saya fikir baik-baik kalau saya beritahu nak kahwin semula,” katanya.

Menerusi perkahwinan yang pertama, Enot dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina. – KOSMO! ONLINE

POPULAR