fbpx

Selesai secara baik, Ben Amir perjelas laporan media mengelirukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Ben Amir berkongsi kenyataan rasmi yang dimuat naik dalam akaun media sosialnya berhubung kes mahkamah yang melibatkan namanya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon Ben Amir menafikan dakwaan segelintir pihak menyatakan bahawa pihak mahkamah telah membuat suatu perintah bersalah terhadapnya berhubung pelanggaran perjanjian melibatkan syarikat produksi yang tercetus sejak tahun lalu.

Ben atau nama lengkapnya, Muhammad Amir Sabaruddin, menegaskan bahawa isu antara dirinya dengan syarikat berkenaan, Elisa Vision rentetan pembikinan drama bersiri berjudul Demi telah diselesaikan secara damai.

“Saya ingin menjelaskan kekeliruan yang telah diterbitkan oleh sesetengah pihak media dan dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan tindakan tersebut khasnya berkaitan isu bahawa pihak mahkamah telah membuat suatu perintah bersalah terhadap saya di dalam tindakan tersebut.

“Seperti semua pihak maklum, melalui berita-berita yang disiarkan, pihak Elisa Vision telah memfailkan suatu tuntutan terhadap saya melibatkan kontrak bersama pihak mereka bagi suatu drama bersiri yang dikenali sebagai Demi.

“Terdapat beberapa babak drama tersebut yang telah menjalani penggambaran di Scotland pada bulan Mac 2020 semasa kemunculan Covid-19 yang disytiharkan sebagai pandemik tidak lama selepas itu.

“Covid-19 melanda seluruh dunia dan menyebabkan perintah berkurung diisyitiharkan hampir di seluruh dunia. Akibatnya, kami terpaksa mengharungi suatu situasi yang tidak tentu sehingga menyebabkan penggambaran ditangguhkan,” jelasnya menerusi satu kenyataan rasmi.

Terang Ben, 32, lagi, baik pihaknya mahupun Elisa Vision, mereka telah mengetepikan perbezaan pendapat masing-masing dan mencapai kata sepakat rentetan isu tercetus.

“Kedua-dua pihak teguh dengan tuntutan. Namun demikian, pada bulan yang penuh keberkatan ini, kami telah memilih untuk mengetepikan perbezaan dan kebanggaan kami dan suatu kompromi telah dicapai antara kedua-dua pihak pada hari pertama kes tersebut seharusnya dibicarakan.

“Suatu persetujuan telah direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen tanpa sebarang pengakuan liabiliti. Bermaksud bahawa pihak Mahkamah tidak membuat apa-apa penemuan bersalah terhadap saya.

“Justeru, saya menegaskan sekali lagi bahawa pertikaian tersebut telah diselesaikan secara damai dan seperti yang telah juga saya maklumkan di perkarangan mahkamah, telah diselesaikan dengan cara baik.

Tegas pelakon drama rantaian Sweet Dreams itu, dia tidak pernah lagi daripada tanggungjawab dan tindakannya pulang ke Malaysia waktu itu adalah disebabkan faktor kesihatan dan keselamatan.

“Saya bagaimanapun bersedia untuk bergerak ke hadapan dan memeluk fasa endemik ini. Dengan harapan yang tinggi, saya berharap bahawa ke semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

“Sekiranya kalian peminat dan penyokong sejati, saya harap anda dapat menerima dan menyokong kedua-dua pihak berdasarkan merit kami sendiri,” katanya.

Ben juga memaklumkan dalam kenyataan terbabit bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang perasaan negatif terhadap Elisa Vision.

“Sekiranya dalam perjalanan karier kedua-dua pihak jalan kami bertembung sekali lagi, insya-Allah, saya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Elisa,” ujarnya.

Baru-baru ini, Kosmo! Online melaporkan isu kes saman berhubung pelanggaran perjanjian antara Ben dengm syarikat berkenaan akhirnya diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil.

Persetujuan tersebut dicapai oleh kedua-dua belah pihak selepas Ben selaku defendan bersetuju untuk membayar RM100,000 kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn. Bhd. (plaintif). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI