fbpx

Puteri Sarah dedahkan wanita ‘kaki sondol’ hadap suaminya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH LIYANA berkongsi luahan dan pendedahakan tentang seorang wanita yang didakwa sudah empat tahun mengganggu kehidupannya.

PETALING JAYA – Selepas empat tahun memendam rasa, pelakon Puteri Sarah akhirnya mendedahkan identiti wanita kaki sondol yang selama ini menjadi pengacau,  sehingga perkahwinannya dengan pelakon dan juga pengarah, Syamsul Yusof berantakan.

Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, berkata wanita terbabit merupakan anak kepada seorang pelakon veteran.

Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, selama ini dia hanya mendiamkan diri apabila diganggu individu yang bersembunyi di sebalik puluhan akaun Instagram palsu serta komen-komen menyakitkan hati.

“Assalamualaikum. Dari dahulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun-akaun palsu, diganggu dengan komen-komen menyakitkan hati. Tapi saya bersabar.

“Awak ganggu mental saya dari 2019 lagi. Sampai kami (Sarah dan suami) tidak tinggal sebumbung. Tidak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, awak ugut suami saya pula,” ujarnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram itu juga, Sarah memberitahu dia telah menerima satu berita menyakitkan hati ketika sedang sibuk membuat persiapan untuk mengerjakan ibadah umrah.

Luah pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu, selama ini dia mendiamkan diri kerana mahu menjaga nama baik keluarga. Namun akhirnya terpaksa mendedahkan perkara tersebut selepas mendakwa Ira telah mencabar tahap kesabarannya.

“Selama ini saya diam sebab mahu jaga nama baik keluarga. Tapi kali ini awak sudah melampau. Siap cakap tentang anak-anak saya. Awak orang luar tidak perlu masuk campur.

“Cukupkan awak ganggu saya. Empat tahu saya menanggung,” katanya.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia, Sarah turut mendoakan supaya wanita itu bersama suaminya, Syamsul diberikan hidayah oleh Allah SWT.

“Di bulan baik ini, saya doakan kamu berdua diberikan hidayah. Berhati-hati doa orang yang teraniaya itu Allah SWT akan makbulkan lebih-lebih lagi di bulan puasa,” katanya.

Dalam beberapa hantaran berbeza, Sarah turut berkongsi tangkap layar puluhan akaun Instagram palsu yang didakwa milik Ira.

“Penat nak sekat. Kadang-kadang tak sedar. Tahu-tahu dah penuh komen awak ganggu saya dalam Instagram,” katanya.

Sempat memberikan ‘tarbiah’ kepada  gadis itu supaya jangan terlalu berharap pada harta suami orang seperti perempuan tiada maruah.

“Memang tidak ada maruah ke ‘hadap’ suami orang? Sebab nak harta dia? Pergilah bekerja. Saya sendiri pun bekerja dan cari duit sendiri.

“Jangan ambil jalan mudah minta duit pada suami orang,” katanya.

Sekadar info, sekitar Februari lalu, Sarah mendedahkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu selepas lama memendam rasa dan bersabar.

Sarah bagaimanapun enggan mendedahkan indentiti individu dan punca tindakan serius tersebut terpaksa diambil.

“Akhirnya, nak sangat saman orang yang saya dah lama nak saman. Ya jumpa kau di mahkamah,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI