fbpx

Peruntukan RM411 juta bina Kompleks Sukan Sukma Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) pada sidang akhbar selepas sesi Taklimat Status Projek Pembangunan RMK-12 Negeri Kelantan dengan kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Peruntukan sebanyak RM411 juta telah diluluskan untuk pembinaan Kompleks Sukan di Bukit Merbau dekat Pasir Puteh bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) Kelantan pada 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu merupakan perkongsian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan untuk pembinaan Kompleks Sukan itu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM276 juta merupakan peruntukan kerajaan pusat manakala RM135 juta lagi daripada kerajaan negeri Kelantan.

“Kita mempunyai perancangan yang rapi pada tahun ini dengan menjalankan kerja-kerja reka bentuk dan infrastruktur sebelum pembinaan dilaksanakan bermula tahun hadapan.

“Projek Kompleks Sukan ini dijangka siap pada 2025 dan ia dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Taklimat Status Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Negeri Kelantan dengan kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Temasya Sukma kali ke-22 dijadualkan berlangsung di Kelantan pada 2024 namun, penganjurannya ditunda ke tahun 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI