fbpx

Allahyarham Wan Muhammad Haikal atlet prospek Sukma Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Haikal Wan Hussin

KUALA TERENGGANU – Pemergian mengejut pesilat, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 20, yang meninggal dunia selepas rebah sewaktu menyertai kejohanan Pra-Sukma di Seremban, Negeri Sembilan semalam merupakan kehilangan besar buat kontinjen Sukma Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim berkata, Wan Muhammad Haikal yang berasal dari Besut merupakan atlit prospek pingat bagi kontinjen negeri pada Sukma yang bakal berlangsung di Sarawak pada bulan Ogos depan.

“Allahyarham (Wan Muhammad Haikal) merupakan atlet fasa akhir Sukma Terengganu yang akan bertanding dalam kategori Putra I (85-90 kilogram).

“Kerajaan negeri Terengganu merakamkan rasa dukacita dan takziah buat ahli keluarga Allahyarham”, katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Wan Muhammad Haikal rebah ketika bertanding menentang seorang pesilat Johor pada suku akhir kategori Putra 1 kejohanan Pra-Sukma Negeri Sembilan di Sikamat, Seremban pada pukul 2.30 petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada pukul 1.20 pagi tadi.

Hishammuddin berkata, insiden meragut nyawa Wan Muhammad Haikal sewaktu mewakili negeri dalam kejohanan itu merupakan pertama kali berlaku dalam kalangan atlet silat Terengganu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), pesilat tersebut tidak mempunyai masalah kesihatan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI