fbpx

NSFC kekal rekod tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain import Negeri Sembilan FC, Herold Mark Goulon, diraikan rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol pertama dari tendangan penalty ketika menentang pasukan PJ City FC ketika beraksi Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menang dalam perlawanan Liga Super menentang PJ City FC malam ini.

Skuad kendalian K.Devan itu,berjaya menumbangkan pasukan lawan dengan keputusan 3-1 dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.

Gol pertama NSFC itu dijaringkan Herold Mark Goulon melalui sepakan penalti pada minit ke-45.

Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa empat minit.

Pada minit ke-63 pasukan PJ City FC berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan Darren Yee Deng Lok.

Pasukan NSFC berjaya menghasilkan gol kedua sepakan Sean Eugene Selvaraj pada minit ke-80.

Tidak mengambil masa lama NSFC berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-85 yang dijaringkan oleh Matheus Alves Leandro bagi kedudukan selesa.

Separuh masa kedua tamat dengan tambahan masa empat minit.

Hasil keputusan itu NSFC berjaya meraih tiga mata dalam perlawanan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI