fbpx

9,705 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 9,705 kes termasuk 30 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,382,402 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 14,346 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,238,471 kes.

“Mengikut pecahan kes harian semalam, kategori satu sebanyak 4,653 kes (47.95 peratus), kategori dua sebanyak 5,003 kes (51.55 peratus), kategori tiga sebanyak 16 kes (0.16 peratus), kategori empat sebanyak 15 kes (0.15 peratus) dan kategori lima 18 kes (0.19 peratus).

“Dalam masa sama, daripada 49 kes kategori tiga, empat dan lima, 17 kes (34.69 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 15 kes (30.61 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 17 kes (34.69 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 29 kes (59.18 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 27 kes (55.10 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (2.04 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 134 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,397 kes serta sebanyak lima kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,478 kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI