fbpx

Pemandu di Britain boleh didenda RM5,531 jika alami dehidrasi semasa memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kurang minum air atau dehidrasi boleh menyebabkan pemandu hilang fokus ketika pemanduan. - Getty Images

LONDON – Pemandu di Britain yang gagal minum air  mencukupi semasa memandu untuk  perjalanan jarak jauh boleh dikenakan denda sebanyak £1,000 (RM5, 531), lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ini kerana kekurangan air dalam badan atau dehidrasi boleh menyebabkan gejala seperti pening dan hilang tumpuan semasa memandu.

Beberapa pakar  automotif  mengingatkan pemandu boleh didenda £1,000  jika didapati bersalah gagal mengawal kenderaan dengan betul.

Peringatan itu diberikan memandangkan ramai warga Britain merancang untuk bercuti atau melawat keluarga pada hujung minggu ini sempena cuti Hari Easter.

Penyelidikan dari Universiti Loughborough menunjukkan bahawa  kesan dehidrasi ringan adalah sama dengan pengambilan alkohol berlebihan  semasa memandu.

“Kita biasa memeriksa paras air dan minyak kereta sebelum memulakan perjalanan tetapi berapa ramai yang memeriksa paras air dalam badan sendiri?

“Minum  banyak air bukan sahaja akan memberi kesan positif kepada badan tetapi juga akan mengelakkan kemungkinan pening atau hilang tumpuan,” kata seorang pakar automotif berkenaan, Mike Thompson.

Tinjauan oleh sebuah syarikat tempatan mendapati bahawa sekitar tiga daripada lima rakyat Britain tidak menyedari risiko kekurangan air semasa memandu.

Kira-kira 70 peratus kemalangan di jalan raya Britain dipercayai berpunca daripada kesilapan pemandu dengan dehidrasi berpotensi menjadi faktor pelanggaran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI