fbpx

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan penjajah Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam Palestin dan jemaah Masjid Al Aqsa awal pagi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan turut menyatakan kebimbangan susulan peningkatan keganasan di wilayah Palestin ysng diduduki Israel .

“Serangan itu berlaku ke atas salah sebuah masjid paling suci bagi umat Islam dalam bulan Ramadan yang mulia ini menunjukkan keganasan berlanjutan serta dasar aparteid yang diamalkan oleh tentera penjajah Israel terhadap hak-hak asasi, kehidupan, kesejahteraan serta maruah rakyat Palestin.

“Mendasari hal ini, Malaysia meminta masyarakat antarabangsa memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin yang berpanjangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa bagi mencari keamanan dan keadilan bagi rakyat Palestin selain kemakmuran di rantau Timur Tengah.

“Pada masa yang sama, Malaysia juga menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pendudukan haram
Israel.

“Ia sekaligus bagi merealisasikan aspirasi untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967, dan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya,” ujar beliau.

Terdahulu, media melaporkan Sekurang-kurangnya 115 rakyat Palestin cedera dalam serangan tersebut apabila askar rejim menceroboh masuk dan menembak jemaah di laman masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

Tentera Israel turut bertindak menghalang ambulans dari Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menghampiri kawasan masjid bagi merawat mangsa yang cedera terperangkap di sana.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI