fbpx

JDT tidak pandang remeh pemain muda Guangzhou FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA (kiri) mahu anak-anak buahnya memasang impian untuk melepasi saingan peringkat kumpulan ACL meskipun sedar ia amat sukar berdepan pasukan gergasi Asia. – RAJA JAAFAR ALI

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui pasukannya kerdil jika dibandingkan dengan pasukan lain yang turut bersaing dalam Kumpulan I pada Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang akan bermula hari ini.

Pengendali kelahiran Mexico itu bagaimanapun memberitahu, tidak salah untuk skuad Harimau Selatan memasang impian dan bercita-cita tinggi bagi melepasi saingan peringkat kumpulan.

Pihaknya bagaimanapun sedar impian sahaja tidak mencukupi sebaliknya ia perlu disertakan dengan komitmen dan kerja keras bagi menjadikannya realiti.

“Kita perlu mempunyai impian untuk melepasi peringkat kumpulan, tidak salah untuk kita memasang impian sedemikian kerana perkara itu tidak perlu dibayar.

“Sebaliknya ia penting untuk memberi lebih motivasi kepada pemain, tetapi kami tahu impian sahaja tidaklah mencukupi jadi kita perlu bertindak dan saya percaya dengan kemampuan pemain JDT.

“Ketika ini kita mempunyai momentum yang baik khususnya dalam liga tempatan (menang empat perlawanan berturut-turut dan mengungguli Liga Super), jadi kita mahu kekalkan momentum itu dalam saingan ACL,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan antara JDT dan Guangzhou FC di Stadium Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Mora turut memberitahu, pasukannya tidak memandang ringan cabaran Guangzhou FC yang akan menampilkan pasukan kedua mereka yang mana rata-ratanya pemain berusia bawah 22 tahun.

“Saya tidak mahu melihat pemain bola daripada sudut usia muda atau tua, sebaliknya saya melihat mereka daripada sudut seorang pemain bola sepak yang baik atau tidak, itu tiada kaitan dengan usia mereka.

“Kita tidak boleh anggap mereka muda, jadi kurang pengalaman, sebaliknya pemain muda pastinya lebih bersemangat untuk melakar kejayaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI