fbpx

Projek LCS: Kertas cadangan terperinci akan dibentangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan hari ini memaklumkan perincian kertas cadangan akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada Kabinet berhubung keputusan untuk meneruskan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Jawatankuasa Menteri Kabinet yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed akan membentangkan kepada kabinet berhubung keputusan muktamad Projek LCS itu.

“Keputusan meneruskan Projek LCS mendapat sokongan semua pihak namun persetujuan Kabinet untuk meneruskan projek ini memerlukan perincian dan perkara itu sudah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet sebanyak tiga kali.

“Kabinet juga sudah mewujudkan satu jawatankuasa Menteri Kabinet untuk membuat pembentangan kembali dengan perancangan lebih jelas,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berharap jawatankuasa yang sudah selesai bermesyuarat dapat membentangkan kepada Kabinet bagi mendapat keputusan muktamad berhubung hala tuju LCS.

“Majoriti sudah membuat keputusan bahawa projek itu perlu diteruskan tetapi cara dan kaedahnya perlu mendapat persetujuan Kabinet,” ujarnya lagi.

Terdahulu, akhbar melaporkan Projek LCS tergendala susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) yang disyaki terlibat dalam kontrak perolehan enam LCS.

Projek LCS bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan pada tahun 2011.

Sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan secara serentak namun gagal untuk disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI