fbpx

Guru sakit tetap kuat mengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan guru tersebut yang sedang mengajar sambil memakai alat bantuan oksigen

PETALING JAYA – Jasa dan pengorbanan seorang guru tidak ternilai harganya jika hendak dibandingkan dengan wang ringgit.

Menerusi satu hantaran di media sosial individu bernama Zam, dia memaparkan seorang guru wanita sanggup berkorban mengajar anak-anak muridnya walaupun dalam keadaan sakit.

Klip video berdurasi 13 saat itu menunjukkan guru wanita itu sedang memakai alat bantuan oksigen kerana tidak cukup pernafasan.

Rata-rata orang ramai sebak melihat pengorbanan serta jasa guru tersebut sambil mendoakan kesejahteraan beliau.

“Betul itu, hargai cikgu yang mengajar kita, dia hendak tengok kita berjaya dunia dan akhirat, amin.” kata @Cik_gadis

“Kalau aku itu, aku dah menangis depan dia, lantaklah orang tengok pun kesian gila,” jelas @raja rimba. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI