fbpx

Ebit Lew, Baim Wong rancang misi kemanusiaan ke Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBIT Lew (kiri) dan Baim Wong bertemu di Indonesia.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang menjalankan misi dakwah dan kemanusiaan di Indonesia berkesempatan bertemu dengan pelakon dan juga YouTuber terkenal, Baim Wong, hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, Ebit melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Baim yang disifatkan seorang dermawan Indonesia.

“Syukur sangat bertemu dengan Baim Wong, seorang dermawan di Indonesia yang suka memberi dan bersedekah. Baik orangnya.

“Cita-cita dan sudah menjadi sifatnya mahu melihat orang lain gembira, bangunkan rumah makan (restoran) percuma. Beri rumah, kereta dan hadiah buat ramai orang,” ujarnya.

Kata Ebit lagi, dia begitu mengagumi dan terkesan dengan kemuliaan hati Baim yang dermawan, malah mengakui menjadikan selebriti itu sebagai individu terawal untuk dijadikan contoh dalam memberi sedekah kepada masyarakat.

Menerusi hantaran sama juga, Ebit memaklumkan bahawa pelakon yang turut mencipta nama di Malaysia menerusi drama berjudul Bukan Cinta Aku itu turut menyatakan minat untuk sama-sama menjalankan misi kemanusia bukan sahaja di Indonesia, bahkan ke seluruh dunia.

“Syukur katanya juga ingin bersama-sama misi di Indonesia dann seluruh dunia. Kami ada bercadang untuk sama-sama menjayakan misi ke Afrika.

“Tadi kami sama-sama menangis melihat anak-anak kelaparan dalam kesusahan. Sama rasa jiwa. Bila kita membantu orang di jalanan, kasihan melihat mereka tiada tempat tinggal.

Bagaimana kita balik tidur lena sedangkan ada orang dalam kesedihan dan kesusahan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan Baim Wong,” tulis Ebit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI