fbpx

Viagra didakwa tingkat risiko tiga masalah mata serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYELIDIK dari Kanada mendakwa, pengambilan viagra boleh memberi kesan kepada mata. – gambar hiasan

BERDASARKAN satu kajian mendakwa, pengambilan viagra didakwa boleh memberi kesan yang bahaya kepada penglihatan.

Penyelidik dari Kanada mendapati, pengambilan viagra boleh meningkatkan risiko tiga masalah mata yang serius.

Selain itu, tiga ubat kepada masalah mati pucuk iaitu Cialis, Levitra dan Spedra juga boleh menjadi pencetus kepada masalah mata.

Penyelidik mendapati, ubat-ubatan itu boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara tiba-tiba, kilatan cahaya dan bintik gelap pada mata kepada mereka yang mengambilnya.

Ketua Penyelidiknya, Dr. Mahyar Etminan berkata, ubat tersebut meningkatkan aliran darah ke alat kelamin dan boleh menghalang bekalannya ke bahagian mata seseorang.

Menurutnya, mereka yang mengguna ubat tersebut dan mengalami masalah penglihatan harus mendapatkan rawatan perubatan.

“Jumlah preskripsi yang dikeluarkan di Amerika Syarikat untuk penggunaan ubat itu setiap bulan adalah lebih 20 juta dan ini bermakna, sejumlah besar orang boleh terjejas.

“Pengguna yang mendapati sebarang perubahan dalam penglihatan mereka harus mengambil serius perkara ini dan mendapatkan rawatan perubatan seberapa segera,” katanya.

Dr. Etminan turut mendakwa, ubat-ubat ini berfungsi untuk menangani disfungsi erektil dengan meningkatkan aliran darah.

“Tetapi kita tahu bahawa ia juga boleh menghalang aliran darah ke bahagian badan yang lain.

“Kajian kami mendapati, terdapat mekanisme yang mana ubat-ubatan ini boleh membawa kepada masalah tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI