fbpx

Lelaki kurang siuman ‘makan angin’ atas kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video menunjukkan aksi seorang lelaki kurang siuman duduk atas kereta yang sedang bergerak.

SEGAMAT – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan aksi berbahaya ketika berada di bahagian atas kereta yang sedang bergerak di sekitar Jalan Batu Anam, Segamat menghala Gemas, Negeri Sembilan.

Satu rakaman video berdurasi 1 minit 47 saat memaparkan aksi lelaki berkenaan mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain telah tular di laman sosial sejak semalam.

Dalam video terbabit, lelaki itu bukan sahaja duduk bersahaja di atas bonet belakang kereta yang sedang bergerak, namun turut melakukan aksi seperti tidur telentang di atas bumbung serta bonet kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Md. Noh berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan awal mendapati ia berlaku kira-kira pukul 6 petang, pada 9 April lalu di laluan berkenaan.

“Pemandu kereta dalam video berkenaan yang sedang memandu perlahan ketika itu tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki dipercayai kurang siuman menaiki atas bonet keretanya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan turun dari kereta menyebabkan pemandu tidak memberhentikan kenderaan, sebaliknya meneruskan pemanduan atas faktor bimbang keselamatan diri dan keluarga,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Bahrin berkata, lelaki berkenaan kemudiannya turun di sekitar Bandar Gemas tidak lama kemudian selepas berada seketika di atas kereta terbabit sejauh beberapa kilometer.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI