fbpx

Harga petrol RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 20 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa harga runcit bagi kesemua produk petrol termasuk diesal kekal sehingga 20 April depan.

MOF dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.81 seliter, manakala petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya hari ini.

Menurut MOF, pengekalan harga itu dilaksanakan kerajaan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI