fbpx

Hakim, pihak pendakwaan, pembelaan hadir ke lokasi Bella didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa kakitangan mahkamah ke lokasi kejadian di sebuah kondominium di Wangsa Maju hari ini.

KUALA LUMPUR – Hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hadir ke sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini hari ini yang mana tempat kejadian kanak-kanak Sindrom Down Bella didakwa dianiaya dan diabaikan.

Kesemua pihak hadir kira-kira pukul 10.40 pagi dengan diiringi anggota polis masuk ke kawasan kondominium dan lawatan itu tamat sejam kemudian.

Minggu lalu, Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan untuk ke tempat kejadian selepas membenarkan permohonan peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor yang mewakili Siti Bainun pada minggu lalu untuk ke lokasi kejadian.

Dalam keputusannya, Izralizam berkata mahkamah membenarkan permohonan tersebut bagi mendapatkan gambaran jelas berdasarkan gambar-gambar tempat kejadian yang dikemukakan sebelum ini.

“Adalah wajar untuk saya (mahkamah) pergi dan melihat serta merujuk kepada lokasi..saya akan lebih memahami, walaupun dalam gambaran yang diberi sudah jelas, tapi jika berkesempatan maka saya akan melihat eksibit-eksibit yang dirujuk dalam insiden,” kata hakim itu.

Dalam pada itu, hakim tersebut turut berkata hanya pihak pendakwaan, peguam, saksi dan tertuduh sahaja dibenarkan ke lokasi kejadian.

Sebelum ini, saksi pendakwaan kelima yang juga bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, dalam keterangannya memberitahu dia diarah oleh Siti Bainun supaya menggigit perut Bella.

Saksi itu berkata,  dia bertindak sedemikian kerana Bella tidak mengikut arahan Siti Bainun supaya berdiri di bahagian dobi (laundry) sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

Perbicaraan bersambung lagi petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI