fbpx

Belajar al-Quran secara online jadi pilihan di Hatimurni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pelajar Hatimurni yang diraikan dalam satu majlis penyampaian anugerah cemerlang di sebuah hotel baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pendekatan pusat pembelajaran swasta, Sekolah Islam Hatimurni (Hati­murni) melaksanakan pembelajaran agama dan al-Quran secara online telah mendapat maklum ba­las yang positif daripada ibu bapa dan waris pelajar.

Pengasas Hatimurni, Siti Kha­dijah Mohni berkata, meskipun semua sekolah sudah belajar secara bersemuka di bilik darjah tetapi pihaknya masih menerima permohonan daripada ibu bapa untuk pembelajaran secara online.

“Untuk tahun ini, kami mahu membantu lebih ramai pelajar mempelajari bidang agama dan al-Quran secara bersemuka atau secara online.

“Kami masih memberi pilihan kepada ibu bapa dan waris agar kanak-kanak itu terus berminat belajar sekali gus dapat mempertingkatkan prestasi pe­­lajaran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Hatimurni 2021 di dekat sini baru-baru ini.

Siti Khadijah menjelaskan, pandemik yang melanda sama sekali tidak menjejaskan prestasi pelajar di Hatimurni.

“Sangat membanggakan apabila pelajar tahun satu yang belajar secara online mampu membaca al-Quran.

“Biarpun ibu bapa merasakan kelas secara online agar sukar, tetapi sebenarnya ia berkesan untuk anak-anak selain perlu disokong oleh sistem, ibu bapa dan juga sekolah,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI