fbpx

Beberapa sektor pekerjaan diberi kelonggaran laksana gaji minimum RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Microcredential HRD Corp di Hotel Le Meridien, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, beberapa sektor pekerjaan akan diberi kelonggaran daripada melaksanakan gaji minimum RM1,500 yang akan berkuat kuasa 1 Mei ini.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, tempoh kelonggaran yang diberikan kepada sektor berkenaaan adalah selama setahun.

Beliau berkata, antara sektor berkenaan termasuk syarikat yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang dan sektor yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 seperti perhotelan dan pelancongan.

“Kami memberi tempoh setahun kepada mereka dan jika selepas setahun mereka masih terjejas maka, tempoh itu boleh dipanjangkan mengikut budi bicara menteri.

“Pendekatan (kelonggaran) ini kita sudah lalukan semasa pelaksanaan perintah gaji minimum RM1,200 pada tahun 2012,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Inisiatif Microcredential HRD Corp, hari ini.

Katanya, beliau dimaklumkan ada syarikat yang sudah menawarkan gaji minimum RM1,500 kepada pekerja mereka sebelum pelaksanaan perintah itu.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, rakyat kini mempunyai lebih pilihan sama ada mahu merebut peluang pekerjaan dengan gaji minimum atau melibatkan diri dalam ekonomi gig.

“Saya dimaklumkan, ada orang bawak Grab sudah boleh dapat lebih RM2,000 sebulan justeru, majikan perlu menyediakan pakej gaji yang menarik untuk menarik rakyat di luar sana,” katanya.

Katanya, tindakan kerajaan menaikkan gaji minimum ini bukan dibuat sesuka hati sebaliknya ia sudah termaktub dalam akta iaitu semakan dalam tempoh dua tahun sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI