fbpx

AirAsia jangka 71 penerbangan mingguan ke India akhir 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), Bo Lingam (tujuh kiri), Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, C. Sushma (lima kanan) dan Riad (empat kanan) ketika gimik mengumumkan lebih banyak penerbangan ke destinasi utama di India di AirAsia RedQ, Sepang hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menjangkakan sebanyak 71 penerbangan mingguan ke India menjelang akhir 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata, AirAsia turut mengunjurkan akan kembali ke kapasiti pra-Covid tidak lama lagi dengan lebih 140 perkhidmatan mingguan pergi dan balik dari India.

“Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi AirAsia dalam usaha kami untuk menyambung semula penerbangan ke pelbagai destinasi utama di salah satu pasaran terpenting kami iaitu India.

“Kami telah membuat persediaan rapi dari segi operasi untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan selesa kepada para tetamu,” katanya pada sebuah program di sini hari ini.

Dengan pembukaan semula sempadan di seluruh rantau ini, tambah Riad, AirAsia akan terus menyemak dan menambah destinasi dalam rangkaian syarikat berkenaan yang semakin berkembang untuk memenuhi permintaan perjalanan udara yang semakin meningkat.

Menurut Riad, sempena pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia dan perjalanan tanpa kuarantin untuk kedua-dua buah negara, pihaknya ingin mengambil peluang tersebut untuk mengalu-alukan kedatangan semula pelancong antarabangsa.

Beliau menjelaskan, ia akan memacu sektor pelancongan dan ekonomi negara seperti yang kami telah lakukan sebelum pandemik.

Jelas beliau, Malaysia juga mempunyai pelbagai destinasi popular di kalangan pelancong dari India seperti Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI