fbpx

Siasatan kes helikopter ambil pesanan nasi ganja selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular yang mendakwa beberapa individu menggunakan helikopter untuk membawa 'nasi ganja' dari sebuah restoran popular di bandar raya Ipoh, Perak.

IPOH – Polis tidak menutup kes sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja pada Julai tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan kes itu telah selesai dan kertas siasatan juga telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara tindakan selanjutnya

“Bagaimanapun, kertas siasatan itu dikembalikan semula kerana Pejabat Peguam Negara mahu pihak polis melengkapkan lagi beberapa perkara.

“Kertas siasatan berkenaan juga telah lengkap dan diserahkan semula kepada mereka. Buat masa ini, kita sedang tunggu arahan lanjut,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Mohd. Sidek Hassan yang mengingatkan pihak berkuasa supaya segera menyelesaikan ‘kes mudah’ atau berdepan hakisan kredibiliti.

Mohd. Sidek memberi contoh kes sebuah helikopter mendarat di Ipoh untuk mengambil nasi ganja pada 23 Julai 2021 yang didakwa beliau sebagai tiada penghujung.

Mengulas lanjut Mior Farid berkata, polis sentiasa memastikan semua siasatan kes dijalankan secepat mungkin sebelum merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan arahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI