fbpx
Pencuri tersebut menghulurkan tangannya dan ‘menarik’ beberapa keping wang kertas dengan pantas tanpa disedari oleh pengantin lelaki, lalu memasukkannya ke dalam poket seluarnya. – Instagram @ghantaa

‘Pengapit’ panjang tangan curi wang hantaran pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang lelaki di India dikecam netizen kerana mencuri wang daripada  jambangan yang dipegang oleh seorang pengantin lelaki ketika acara pernikahan sedang berlangsung, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Berdasarkan klip video yang tular, seorang lelaki dilihat  duduk di sebelah pengantin lelaki yang ketika itu memegang jambangan wang.

Pencuri tersebut secara bersahaja menghulurkan tangannya dan ‘menarik’ beberapa keping wang kertas dengan pantas tanpa disedari oleh pengantin lelaki, lalu memasukkannya ke dalam poket seluarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna.

“Video ini perlu diletakkan di skrin layar ketika acara perkahwinan berlangsung,” komen seorang netizen.

“Anda tidak seharusnya mendapat rakan seperti itu dalam hidup,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI

POPULAR