fbpx

Kerajaan Johor tidak halang penceramah, pendakwah beri kuliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared (berbaju kemeja putih) beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak sempena Program Belanja Raya Bersama Asnaf 2022 di Pasaraya Mydin, Mutiara Rini, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana penceramah atau pendakwah untuk memberi tauliah dan ceramah di negeri ini asalkan menepati kriteria yang ditetapkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, antara kriteria utamanya ialah latar belakang pendidikan dan fahaman mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, sekiranya mereka mampu menepati kriteria yang ditetapkan, penceramah dan pendakwah dibenarkan berurusan di negeri Johor.

“Selagi pendakwah dan penceramah tepati kriteria yang ditetapkan oleh MAINJ, tidak ada masalah mereka dibenarkan untuk memberi tauliah di Johor.

“Kita ada lembaga dan Jawatankuasa Tauliah Pengajar dan Memberi Syarahan Agama Negeri Johor yang meneliti hal ini. Jawatankuasa ini perlu diberi keyakinan penuh dalam memberi ketentuan tauliah ini.

“Alhamdulillah jawatankuasa ini tidak pernah bersifat berat sebelah. Jika kriteria ini ditepati, kita akan benarkan tanpa mengira siapa pun mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Belanja Raya Bersama Asnaf 2022 di Mydin Mall di sini, hari ini.

Pada 2016, kerajaan Johor mengeluarkan pekeliling dan arahan melarang 16 penceramah bebas mengajar kelas agama di negeri ini.

Pada tahun berikutnya, Johor mengharamkan dua penceramah, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim, daripada menyampaikan ceramah di negeri ini berikutan pandangan mereka yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI