fbpx
Pekerja pembersihan mengeluarkan sebahagian daripada satu tan sampah di log boom Sungai Pinang di George Town hari ini. /FOTO IQBAL HAMDAN

Satu tan sampah dikeluarkan Sungai Pinang setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Katil, sofa, peti ais, sisa plastik dan motosikal antara satu tan sisa sampah yang dikutip pekerja pembersihan di log boom atau perangkap sampah berdekatan muara Sungai Pinang di sini setiap hari.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, sikap masyarakat dilihat antara punca utama mengapa usaha kerajaan negeri untuk membersihkan sungai itu menjadi sukar.

“Kita boleh tingkatkan kekerapan pembersihan sampah di Sungai Pinang, namun kita perlukan kerjasama daripada orang ramai.

“Kita mohon kerjasama agar orang ramai jangan membuang sampah ke dalam Sungai Pinang lagi dan membantu kerajaan menjadikannya bersih kembali,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke kawasan itu hari ini.

Beliau berkata, pasukan pembersihan terpaksa mengeluarkan kira-kira satu tan sampah setiap hari di log boom berkenaan daripada terus mengalir ke laut.

“Kita sedang berusaha meningkatkan tenaga kerja untuk memastikan kutipan sampah di log boom berkenaan dapat ditingkatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Zairil berkata, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang fasa dua yang bernilai RM150 juta dijangka bermula Oktober tahun ini selepas tertangguh hampir 20 tahun. – KOSMO! ONLINE

 

POPULAR