fbpx

Kereta sarat muatan 12 kotak mercun ditemui terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mercun yang dirampas di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di kawasan tebatan banjir Kampung Lachang, Rantau Panjang pagi tadi. /FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Polis menemui sebuah kereta yang sarat dengan muatan sebanyak 12 kotak mercun bernilai RM5,000 ditinggalkan di kawasan tebatan banjir di Kampung Lachang, Rantau Panjang di sini hari ini.

Kereta jenis Honda Civic ES itu ditemui kira-kira pukul 9.45 pagi tadi selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa anggota polis tiba, kereta tersebut dilihat telah ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Menurutnya, anggota polis terus menjalankan siasatan dalam kereta itu dan menjumpai sebanyak 12 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Nilai rampasan kesemua mercun itu dianggarkan berjumlah RM5,000. Sehubungan itu, rondaan dan operasi pencegahan jenayah termasuk penyeludupan terutama mercun akan diteruskan setiap masa.

“Permintaan tinggi terhadap mercun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi faktor utama penyeludup membawa masuk barangan itu melalui pangkalan haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI