fbpx

Sharifah Rose lebih berhati-hati selepas isu ciplak jenama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH ROSE pernah terpalit dengan isu menciplak jenama sebuah produk pada Februari lalu.

PETALING JAYA – Susulan kontroversi kerana menciplak jenama sebuah produk sebelum ini, pelakon yang meningkat naik Sharifah Rose menjadikan kesilapan lama sebagai pengajaran buatnya.

Kata Sharifah atau lebih dikenali sebagai Rose, rentetan itu, dia dan pasukannya mengambil masa kira-kira dua minggu untuk berbincang mengenai nama baharu bagi produk tudung tersebut.

“Pasukan kami mengambil masa kira-kira dua minggu bagi memastikan tiada nama yang sama dan perkara lama berulang lagi. Jadi, setelah duduk bersama dan berbincang kami sepakat memilih nama Harirose.

“Kami jadikan apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran,” kata­nya.

Terdahulu, pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard itu mengumumkan nama jenama baharu bagi produknya itu di dalam Instagram.

Menurut Sharifah Rose, mencipta sesebuah jenama tidak semudah seperti yang disangka, kerana perjalanan yang dilalui adalah berliku tetapi amat me­ngujakan.

Buktinya, dalam masa dua bulan sejak dilancarkan, produk keluarannya telah tular sebanyak tiga kali.

“Jatuh enam kali tapi saya bangkit tujuh kali. Saya sering mengingatkan diri bahawa saya layak, penting, berharga dan perlu berani untuk berdepan dengan kesilapan,” coretnya.

Pada Februari lalu, seorang pengguna Twitter mendakwa pelakon yang juga pempengaruh media sosial itu meniru jenama dengan ejaan yang ditukar, namun kelihatan sama dengan sebuah produk lain.

Rose, 24, kemudian menjelaskan dia tidak tahu menahu mengenai kewujudan jenama tersebut hinggalah dimaklumkan pengguna Twitter selepas video promosi produknya dilancarkan dalam media sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI