fbpx

RM50,000 kos buat jeti kayu 15 meter?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeti kayu yang dikatakan menelan kos sebanyak RM50,000.

PETALING JAYA – Foto jeti kayu sepanjang 15 meter melalui Projek Siap, Bina Baru Jeti Kampung Mutap, Miri, Sarawak kini sedang tular di media sosial.

Menjadi persoalan ramai apabila struktur jeti yang dibina menggunakan kayu dengan ukuran lebar satu meter dan panjang 15 meter itu menelan kos sebanyak RM50,000.

Melalui Facebook Corporate Communication JKR Sarawak, tempoh mula projek ini adalah pada 7 Mac 2022 dan siap lebih awal daripada jadual iaitu pada 1 April 2022. Jeti ini dibina untuk menggantikan jeti lama yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

“Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti satu meter lebar, 15 meter panjang.

“Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu,” ujar laman tersebut.

Rata-rata orang ramai yang melihat beberapa keping foto yang dikongsi laman tersebut terkejut dengan keadaan serta fizikal jeti yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM50,000 itu.

“Betul ke kos RM50,000 untuk jeti ni saja? Berdasarkan pengalaman saya kos pembinaan jambatan saiz macam ini termasuk kos kayu dan tenaga tidak akan sampai RM10,000.

“Kos diperuntukkan RM50,000 kan? Mana lagi pergi RM40,000? Yang faham tu faham yang tidak faham sudah,” jelas Sha Mira Mazlan.

“RM50,000, kena fikirkan cara nak hantar bahan binaan ke tapak bina mungkin double handling, kayu tiang piling berapa panjang masuk ke dalam tanah.

“Jenis kayu yang digunakan mestilah kayu cegal harga tidak sama dengan kayu biasa dan lain- lain faktor, think positive ok,” kata Fedder Musa.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN